Resep Nasi Daging Rempah

Resep Nasi Daging Rempah

Resep nasi daging rempah yang sudah terkenal dan diyakini oleh masyarakat indonesia lezat dan sangat cocok untuk dihidangkan kepada keluarga dan anak-anak. Bagi yang tidak tahu, nasi daging sangat popular di utara Malaysia. Masakan ini juga sangat cocok untuk dihidangkan pada musim Hari Raya dan pesta kumpul kumpul keluarga tentunya.

Bahan-bahannya:

  • 250 gm daging – dihiris dan direbus dengan halia hingga lembut
  • 4 cawan beras – dibersihkan
  • 4 cawan air rebusan daging – diikutkan beras
  • 1 cawan susu cair
  • 2 sudu besar rempah kurma
  • 1 biji tomato – dipotong dadu
  • daun pandan
  • daun ketumbar
  • gula dan garam secukup rasa

Bahan tumis:

  • 1 bawang besar – dimayang
  • 1 ulas bawang putih – dimayang
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • 3 kuntum buah pelaga
  • 1 kuntum bunga lawang
  • kulit kayu manis

Bahan blend untuk air asam:

  • asam jawa
  • cili padi
  • tomato
  • belacan
  • kerisik
  • gula dan garam secukup rasa

Bahan potong untuk air asam:

  • tomato
  • cili padi
  • bawang besar

Cara Penyediaannya: 

  1. Tumis bawang besar, bawang putih, bunga cengkih, buah pelaga, bunga lawang, dan kulit kayu manis hingga naik bau.
  2. Masukkan rempah kurma. Goreng hingga garing dan wangi.
  3. Masukkan beras yang sudah di basuh. Toskan dan goreng sekejap.
  4. Masukkan air rebusan daging, daging, tomato, susu caur, daun pandan, gula dan garam secukup rasa. Biarkan hingga mendidih.
  5. Pindahkan nasi dan masak menggunakan rice cooker.
  6. Lepas masak, taburkan daun ketumbar.

Cara Penyediaan Air Asam:

  1. Tumbuk sambal belacan.
  2. Potong nipis tomato dan bawang besar. Tuang ke dalam sambal belacan.
  3. Masukkan kerisik, garam, gula dan sos tomato. Kacau hingga berpalut.
  4. Masukkan sedikit air daging. Kacau hingga rata.

* Jika menggunakan bahagian daging yang banyak urat, anda harus rebus daging lebih lama dalam anggaran 2-3 jam. Masak daging yang banyak urat agar dapat membuat rasa air daging lebih menarik dan sedap.

Simak Juga: Resep Bihun Goreng Salmon

Selamat menjamu selera hidangan resep nasi daging rempah ini. Jangan lupa share resep ini dengan teman teman anda ya.

Previous Post Next Post

You Might Also Like

No Comments

Leave a Reply

%d bloggers like this: